Pengundian Ketua Kampung Sg Batu & Tebok Yan : 28 Jun

Written By marhain jelata on 18 Jun 2008 | 3:52:00 PG

Pengundian untuk memilih ketua kampung bagi kampung Sungai Batu dan kampung Tebuk Yan akan diadakan serentak pada hari Sabtu 28 Jun 2008 di DOR Sg Batu dan DOR Tebuk Yan.

Di Kampung Sungai Batu, calon Pakatan Rakyat daripada PAS, Hj Mohd Zainudi Hj Mohd Amin akan ditentang oleh calon UMNO iaitu Abdul Kadir Saleh yang lebih dikenali sebagai Wahab. Calon Pakatan Rakyat (PAS) bagi kampung Tebuk Yan, Mat Wahee Awang akan ditentang oleh Abu Bakar Shaari daripada UMNO.

Pengundian akan bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang. Pengundi diingatkan agar membawa kad pengenalan ke pusat pengundian kerana mereka tidak akan dibenarkan mengundi jika tidak dapat mengemukakan kad pengenalan ketika mendaftarkan nama.

PAS Kawasan Beruas menyeru anak-anak kampung yang sedang berada di luar kawasan agar pulang menunaikan tanggungjawab masing-masing. Undi anda amat berharga demi kebaikan semua warga kampung.

0 ulasan:

Catat Ulasan